Wednesday, December 23, 2009

Form 4 Chemistry Chap 8 : SALT

In this post, I am going to share some method to remember some of the things in this chapter. I know this chapter is quite hard as it has a lot of things to remember.So, I hope this post would help you all.!!!!

Solubility Of salt
1.Sulphate salt = Pb, Ba, Ca sulphate salts are insluble salt
Method to remember : Persatuan Bahasa Cina

2.Chloride salt = Pb, Ag, Hg salts are insoluble salt
Method to remember : Persatuan Agama Hindu

3. Sodium, Ammonia and Potassium salts all are soluble
Method to remember : SAP Salt

4. Carbonate salt
All are insoluble except SAP(Sodium, Ammonia and Potassium) salt

Colour of Salt
Special salt’s colour that you must know
1. Copper salt basically all blue colour in aqueous solution except copper(II) carbonate(Green) and Copper (II) oxide (Black) in solid state
Note :
Copper(II) carbonate and copper(II) oxide are insoluble in
in water, so they will not form blue colour aqueous solution
2. Zinc Oxide
Yellow when HOT
White when COLD
3. Lead(II) Oxide
Brown when HOT
Yellow when COLD

Test For Cations
1. Using NaOH
Pb, Zn, Al = Form white precipitate and dissolve in excess NaOH
Method to remember : Persatuan Zinc Aluminium
Ca, Mg = Form white precipitate but cant dissolve in excess NaOH
Method to remember : Cari Makan

Monday, October 12, 2009

Sejarah Tips

My friends and teachers advise me to do GERAK GEMPUR OF KELANTAN.The questions in it are believed will be asked every year.So, to download the set of ques, you can go to Laman CikguSejarah

http://cikgusejarah.blogspot.com/

TQ. Good luck in coming SPM!!!!!

Wednesday, October 7, 2009

Physics Paper 3 Tips

Experiment /Chapter
Possible Precaution that can be taken:

Measuring Instrument
a. Avoid parallax error by placing the eye such that the line of
view is perpendicular to the scale read. ( for
ammeter/voltmeter/measuring cylinder etc)
b. Take into account zero error of instrument. (for
calipper/micrometer/weight scale etc.)

Spring/Hookes Law
a. make sure the spring is not loaded beyond the elastic limit.
(spring return to original length when load is taken off).
b. Avoid parallax error by placing the eye such that the line of
view is perpendicular to the scale of the ruler.

Heat
a. Liquid must be stirred constantly so that temperature rises
evenly.
b. Alluminium block must be wrapped with insulating material
to prevent heat lost.
c. Thermometer bulb should be smeared with oil to give better
thermal contact with the block.
d. Avoid parallax error by placing the eye such that the line of
view is perpendicular to the scale of the thermometer.

Light
a. Experiment must be carried out in dark room.
b. Lens, screen and object must be in line
c. Avoid parallax error by placing the eye such that the line of
view is perpendicular to the scale of the ruler.

Electricity
a. All connections of wire & other device must be tight.
b. Off the switch after readings are taken to prevent wires from
heating up (resistance increase)
c. Avoid parallax error by placing the eye such that the line of
view is perpendicular to the scale of the ammeter/ voltmeter.

EST Tips

SPM EST
Follow the tips below to score SPM EST
Paper 1
consists of Information Transfer and Scientific Writing

Information Transfer

1.Read the graphic organizer first before reading the text.
2.Spelling must be correct.
3.Answers must be in correct form: Singular or Plural.
4.When the question asks for example, you must answer not more than one example; when the question asks for examples, you must answer two or more examples.

Scientific Writing

1.Write a report.
2.Make a reasonable choice from the choices given.
3.Elaborate all the content points given, write at least an elaboration for each of the points.
4.Language is accurate, no serious error like subject-verb agreement, spelling error...

Paper 2
consists of 30 objective questions.

Objective Questions
Most of the answers can be found on the text given. So, read carefully before answering the questions.

Ungkapan Menarik

Statistik
Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian….pada tahun….menunjukkan bahawa sebanyak…

Pengenalan

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu…

Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab munasabahnya kerana kalau angina tidak bertiup, masakan pokok bergoyang?

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

Mendapat perhatian dan liputan media massa

Dewasa ini kita diterjah oleh pelbagai masalah.

Kes…yang kian meningkat kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan masyarakat diselubungi kekhuatiran ibarat cacing kepanasan.

Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari bersama baying-bayang pemodenan, kerajaan diumpamakan jantung sesebuah negara.

Penutup

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyaAllah perkara ini akan…

Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang sering diaur-aurkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dr Mahathir Mohamad, marilah kita bersama-sama….

Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa…

Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysis terus gemilang.

Langkah

Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan berpaksikan prinsip 'di mana ada kemahuan, di situlah ada jalannya' agar masalah ini dapat dibasmi hingga ke akar umbinya

Pelbagai uslub dan minhaj perlu dilaksanakan untuk membasmi masalah sosial ini.

Nasihat kepada golongan ini biasanya disia-siakan begitu sahaja seperti “mencurah air ke daun keladi”, “bagai hujan jatuh ke pasir”.

Satu bentuk penguatkuasaan yang tegas dan terancang perlu dipercepat pelaksanaanya sebelum cacing naik ke mata.

Langkah yang paling mujarab ialah…

Jangan membiarkan masalah ini menjadi duri dalam daging dan terus bernanah dalam masyarakat.

Pelbagai prakarsa yang drastik dan efektif hendaklah diusahakan agar tidak sudah terhantuk baru terngadah

Usaha untuk membasmi kemiskinan yang telah lama membelenggu kehidupan golongan yang hidup merana ini hendaklah diperhebat kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Untuk membendung masalah ini, segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur dengan tebing dan janganlah sekali-kali bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Untuk merealisasikan matlamat ini, kita hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing, dan janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Lain-lain

Remaja pada hari inilah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara.

Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Selain dapat mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan, semangat perpaduan dalam kalangan peserta berbilang kaum dapat diperkukuh, bak kata pepatah “ sambil menyelam minum air”

Remaja(anak-anak) yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang
akan mudah tergelincir daripada landasan keimanan( adalah mudah diajar dan mereka akan mengikut apa sahaja yang diajar oleh ibu bapa mereka)[ mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang mengheret mereka ke lembah jenayah]

Mantan Perdanan Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengaskan bahawa sekolah atau
alma mater merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan untuk menghadapi pasaran kerja yang mencabar. Oleh sebab itu, guru berperanan signifikan memastikan produk tersebut benar-benar berkualiti dan dapat memenuhi permintaan dalam kitaran ekonomi yang tidak begitu berpusing ligat.

Senario yang semakin keruh ini dapat dijernihkan lagi dengan…..

Guru ibarat lilin yang membakar dirinya, tidak pernah mengenal erti penat dan jemu memberikan ajaran secukupnya kepada anak bangsanya. Tanpa mereka siapalah kita. Guru turut memainkan peranan yang signifikan….

Pendapat hasil diskusi kesan = impak

Memandang enteng langkah = inisiatif

source: Internet dan blog blog cikgu dan buku karangan

Tuesday, October 6, 2009

Chemistry

For those who are siting for SPM 2009 and you are weak in chemistry, i suggest you just to read up those chapters coz it is believed that it will be asked every year..thanks

-CHAPTER2-- THE STRUCTURE OF THE ATOM

-CHAPTER4--PERIODIC TABLE OF ELEMENTS

-CHAPTER5--CHEMICAL BONDS

-CHAPTER6--ELECTROCHEMISTRY

-CHAPTER9--MANUFACTURED SUBSTANCES IN INDUSTRY

-CHAPTER10--RATE OF REACTION

Karangan : Rasuah

Kerajaan telah megadakan pelbagai usaha untuk membendung gejala rasuah. Namun, masalah tersebut masih terus berlaku secara leluasa. Berikan pendapat anda tentang kepentingan mewujudkan masyarakat sifar rasuah.


‘Pegawai polis disiasat kerana sogokan’, `Seorang menteri disyaki menerima rasuah’. Tajuk-tajuk sebegini merupakan isu hangat yang selalunya menghiasi dada-dada akhbar tempatan. Dasawarsa ini, kerajaan telah mengadakan pelbagai uslub dan minhaj untuk membendung isu rasuah ini daripada berlaku. Namun, masalah ini masih berterusan dan berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Mengapakan hal sedemikian boleh berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Sekarang, bukanlah masa untuk kita menuding jari, menopong dagu dan menyalahkan sesiapa, tetapi agenda kita sekarang ialah bertindak dengan berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani kemelut yang dianggap menjadi duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Sebagai khalifah Allah yang dikurniai akal dan fikiran, kita haruslah menggembleng tenaga untuk menangani kemelut ini yang sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat kita. Persoalannya, apakah kepentingan kemelut yang semakin serius ini ditangani? Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat telah hilang sabar ibarat bom yang akan meletup pada bila-bila masa.


Satu daripada kepentingan mewujudkan masyarakat sifar rasuah adalah untuk meningkatkan imej negara di mata dunia luar. Sesebuah Negara yang sifar rasuah akan mewujudkan suasana yang aman dan damai. Hal ini dapat menarik minat pelabur untuk melabur di negara kita. Usaha ini akan menjadikan Negara kita maju dan makmur.Negara yang maju dan makmur tentunya akan menarik lebih banyak pelabur asing untuk meningkatkan pelaburan di negara kita. Jika gejala rasuah berakar umbi di Negara kita, pelaburan yang dibuat akan menjejaskan produktiviti kerana pekerja dikelabui oleh wang. Oleh sebab mengharapkan duit kopi, sikap amanah dan tanggungjawab dikorbankan sekali gus menjejaskan produktiviti dan reputasi syarikat. Oleh hal yang demikian, usaha untuk mewujudkan masyarakat sifar rasuah akan meningkatkan kepercayaan pelabur asing tentang integriti pekerja di Negara kita.

Selain itu, masyarakat yang sifar rasuah adalah penting supaya pembangunan Negara menjadi lebih pesat. Gejala tumbuk rusuk yang semakin leluasa akan melemahkan dan menjejaskan kepercayaan masyarakat kepada kerajaan. Apabila kerajaan lemah, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan untuk memberikan tekanan kepada kerajaan. Para peniaga pula akan menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Hal ini akan membebankan rakyat dan negara kita. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan membawa kepada ketidakupayaan sesetengah rakyat Negara kita untuk berbelanja. Hal mini sudah tentu meningkatkan kejadian jenayah. Oleh itu, usaha untuk membina masyarakat yang sifar rasuah amat penting bagi memastikan setiap individu di Negara kita mengutamakan tanggungjawab dan berkhidmat untuk Negara tanpa mengutamakan kepentingan diri. Sesunggunnya masyarakat yang sifar rasuah akan memastikan pelbagai aktiviti di Negara kita berjalan dengan lancar.



Selain itu, masyarakat yang sifar rasuah akan melahirkan kerajaan yang sifar rasuah. Kerajaan yang mampu menghindarkan amalan rasuah akan menjadi kuat dan stabil. Jikalau pemimpin negara kita tidak mengamalkan aktiviti makan suap, kerajaan akan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Apabila pendapatan kerajaan semakin meningkat, pelbagai projek pembangunan dapat dijalankan untuk kepentingan rakyat. Sebagai contohnya, jika semua projek mega yang dijalankan di Negara kita tanpa sebarang unsur rasuah atau jalan belakang, projek yang dijalankan sudah pasti berjaya. Jika projek tersebut dicemari dengan perbuatan atau aktiviti bawah meja, sudah pasti kerajaan akan menanggung kerugian. Oleh itu, kerajaan sifar rasuah akan memacu kejayaan pembangunan di negara kita secara berterusan sekali gus memanfaatkan rakyat

Bukan itu sahaja, masyarakat sifar rasuah akan mewujudkan masyarakat yang harmoni di Negara kita. Hal ini dapat dilihat apabila semua agensi kerajaan dapat memastikan kakitangan atau pegawainya bebas daripada gejala rasuah. Jika anggota polis mengamalkan rasuah, bilangan pesalah jalan raya sudah pasti meningkat. Hal ini sudah tentu meningkatkan bilangan pesalah trafik di jalan raya dan meningkatkan kecelakaan atau kemalangan di jalan raya. Jika pegawai imigresen menerima sogokan, sumber pendapatan Negara daripada barangan import sudah tentu berkurangan. Gejala penyeludupan pula semakin bertambah dan menjejaskan barangan keluaran tempatan. Tindakan anggota polis dan pegawai imigresin ini dapatlah dikatakan harapkan pagar pagar makan padi. Oleh itu, gejala rasuah perlu dibanteras hingga akar umbi supaya masayarakat sentiasa berada dalam keadaan harmoni, manakala Negara sentiasa maju dan makmur.

Tuntasnya, semua pihak seyogia berganding bahu ibarat hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah untuk menangani kemelut rasuah ini supaya mewujudkan masyarakat sifar rasuah untuk kepentingan bersama. Janganlah kita memberikan peluang kepada aktiviti rasuah yang mampu meranapkan wawasan Negara kita, iaitu wawasan 2020. Jika kita leka, sudah pasti rasuah akan mampu meruntuhkan Negara. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus cemerlang dan gemilang! Oleh itu, setiap rakyat mestilah mempunyai iltizam untuk merealisasikan konsep `Masyarakat Tanpa Rasuah’.


Komen:
1. Elakkan isu sensitif dimasukkan dalam karangan seperti “Menteri Besar Perak Rasuah”.
2. Jangan bina dua pengenalan dalam sebuah karangan.
3. Pastikan isi dihuraikan dengan jelas, disertakan contoh dan disimpulkan dengan kemas pada setiap perenggan.
4. Perkara-perkara yang tidak relevan tidak perlu dimasukkan.
5. Elakkan penggunaan bahasa basahan.
6. Masukkan kata, frasa, dan ungkapan yang menarik.